BoE Gesa Agar Peraturan Lebih Ketat Dikenakan Ke Atas Mata Wang Kripto

BoE Gesa Agar Peraturan Lebih Ketat Dikenakan Ke Atas Mata Wang Kripto

Bank Pusat England (BoE) semalam menggesa pihak berkuasa global untuk meningkatkan pengawasan terhadap sektor mata wang kripto bagi mengelakkan ia me

Bank Pusat England (BoE) semalam menggesa pihak berkuasa global untuk meningkatkan pengawasan terhadap sektor mata wang kripto bagi mengelakkan ia menjadi risiko kepada kestabilan kewangan.

Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank Britian (FPC) yang ditugaskan untuk melindungi sistem kewangan, mendedahkan kesimpulan itu dalam laporan utama mengenai industri tersebut.

Badan pemerhati itu juga berkata mereka akan berusaha memastikan risiko yang berpunca daripada pasaran mata wang kripto dapat dikurangkan, iaitu dengan menggalakkan penyelarasan yang lebih baik antara badan kawal selia domestik dan antarabangsa.

“Peningkatan rangka kerja pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang di peringkat domestik dan global diperlukan untuk menghadapi perkembangan dalam pasaran ini,” kata FPC dalam laporan itu.

Kebimbangan terhadap kesan kripto muncul kerana industri itu telah mengalami pertumbuhan dan penerimaan yang pesat.

“Risiko kepada kestabilan kewangan akan meningkat apabila aset kripto menjadi lebih saling berkaitan dengan institusi kewangan dan pasaran yang sistematik,” tambah FPC.

Laporan FPC juga menyebutkan bahawa nilai aset kripto meningkat sepuluh kali ganda sejak awal 2020 hingga November 2021 dan telah menyumbang 0.4 peratus daripada aset kewangan global dengan saiz pasaran mencecah AS$1.7 trilion

Walaupun industri kripto mengalamai pertumbuhan yang pesat, FPC yakin bahawa “risiko langsung kepada kestabilan sistem kewangan UK daripada aset kripto dan DeFi (kewangan tidak berpusat) adalah terhad pada masa ini”.

FPC mengatakan bahawa risiko sistematik yang ditimbulkan oleh pasaran kripto adalah berasingan daripada bahaya yang dialami oleh para pelabur runcit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: