BoJ Dijangka Mengunjurkan Pemulihan Ekonomi Pada Laporan Dasar Minggu Hadapan

BoJ Dijangka Mengunjurkan Pemulihan Ekonomi Pada Laporan Dasar Minggu Hadapan

Memetik empat sumber yang berkait rapat dengan bank pusat Jepun (BoJ), Reuters melaporkan bahawa BoJ akan mengekalkan pandangan mereka mengenai pemul

Memetik empat sumber yang berkait rapat dengan bank pusat Jepun (BoJ), Reuters melaporkan bahawa BoJ akan mengekalkan pandangan mereka mengenai pemulihan ekonomi secara beransur-ansur dari kesan pandemik pada akhir tahun ini.

“Pandangan ahli ekonomi meningkatkan potensi bank pusat untuk mengekalkan dasar monetari pada 14-15 Julai”, jelas Reuters.

Selain itu, BoJ juga dijangka mengulas lebih lanjut mengenai risiko yang terlalu tinggi ke atas outlook, termasuk gelombang penularan wabak kedua yang mampu menangguhkan sebarang pemulihan pada pertumbuhan global dan Jepun.

Dalam laporan yang berbeza, Menteri Ekonomi Jepun Yasutoshi Nishimura pada hari ini berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan pakar untuk melonggarkan sekatan dan mengembangkan aktiviti ekonomi bermula 10 Julai.

Reaksi pasaran dengan laporan tersebut telah mendorong pengunduran USD/JPY daripada paras tertinggi harian 107.78 kepada 107.60.

Di samping itu, kelemahan dolar secara keseluruhan turut menjadi faktor membawa mood risk-on ke dalam pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: