BoJ Hapuskan Had Maksimum Pembelian Bon Kerajaan Bagi Membantu Pembiayaan Pakej Ransangan

BoJ Hapuskan Had Maksimum Pembelian Bon Kerajaan Bagi Membantu Pembiayaan Pakej Ransangan

Bank Pusat Jepun (BoJ) telah menambah ransangan monetari pada hari Isnin dan berjanji untuk terus membeli bon tanpa had supaya dapat mengekalkan kos

Bank Pusat Jepun (BoJ) telah menambah ransangan monetari pada hari Isnin dan berjanji untuk terus membeli bon tanpa had supaya dapat mengekalkan kos pinjaman yang rendah.

Langkah BoJ tersebut telah meletakkan mereka selari dengan bank pusat yang lain yang telah mengumumkan bantuan kewangan diluar jangkaan selepas krisis kesihatan menambah kebimbangan terhadap kemelesetan global yang lebih dalam.

BoJ turut menurunkan unjuran ekonomi mereka dan menjangkakan inflasi akan kekal di bawah sasaran 2% selama lebih tiga tahun, mengisyaratkan fokus jangka masa terdekat mereka adalah menangani krisis yang sedang melanda.

“Ekonomi jepun akan kekal dalam keadaan yang buruk untuk sekita waktu, impak daripada penularan Covid-19 di rumah dan luar negara”, jelas bank pusat.

Bagi mengurangkan beban korporat, BoJ menyebutmereka akan menambah tiga kali ganda pembelian maksimum bon-bon korporat dan hutang-hutang komersial yang dimiliki kepada 20 trillion yen.

Bank pusat juga menjelaskan komitment mereka untuk membeli bon kerajaan tanpa batas dengan memansuhkan panduan pembelian mereka pada kadar 80 trillion yen setahun.

“BoJ akan terus membeli jumlah bon kerajaan yang diperlukan tanpa menetapkan had maksimum supaya dapat mengekalkan kadar faedah jangka masa panjang sekitar sassaran 0% mereka”, tambah bank pusat.

Mereka juga menyebut akan terus aktif membeli bon kerajaan dan sekuriti jangka masa pendek buat masa ini untuk mengekalkan kestabilan pasaran berikutan kerajaan mengisukan lebih banyak bon bagi membayar pakej bantuan yang diumumkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: