Yen melemah setelah Bank Pusat Jepun itu mengekalkan kadar faedah mereka pada paras -0.1% dan untuk memacu pulangan 0% bagi bon kerajaan dengan pecaha
Yen melemah setelah Bank Pusat Jepun itu mengekalkan kadar faedah mereka pada paras -0.1% dan untuk memacu pulangan 0% bagi bon kerajaan dengan pecahan undian 7-2. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk menjadikan program stimulus mereka lebih terbuka.
BoJ telah memperkenalkan panduan hadapan bagi dasar kewangan mereka untuk menambahbaik kestabilan rangka kerja dasar mereka. Para penggubal dasar mahu kadar feadah terus berada di paras terendah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.
BoJ akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan baki rizab dengan kadar negatif. Operasi pasaran akan mempunyai panduan hadapan yang dikenakan terhadap mereka, termasuklah bagi pembelian aset.
BoJ akan terus mengawasi risiko terhadap keadaan ekonomi daripada dasar monetari, serta sebarang pelarasan. BoJ akan membeli Bon Kerajaan Jepun “dengan segera dan sesuai” jika jumlah hasil meningkat terlalu tinggi dan terlalu cepat.
Sebelum itu pada sebelah paginya, terbitan kadar pengangguran juga turut tidak menyebelahi Yen apabila ianya tersasar daripada jangkaan sebanyak 0.1% untuk berada di pada paras 2.4%. Yen menjunam berbanding matawang dunia utama yang lain seperti Dolar, Euro dan Pound.
COMMENTS