BoJ Kekalkan Penilaian Ekonomi Yang Hawkish Terhadap Kesemua Wilayah Jepun

BoJ Kekalkan Penilaian Ekonomi Yang Hawkish Terhadap Kesemua Wilayah Jepun

Bank Pusat Jepun (BoJ) pada hari Isnin mengekalkan pandangan mereka bahawa ekonomi tempatan masih berkembang dan pulih. Namun tetap memberi amaran

Bank Pusat Jepun (BoJ) pada hari Isnin mengekalkan pandangan mereka bahawa ekonomi tempatan masih berkembang dan pulih.

Namun tetap memberi amaran bahawa syarikat-syarikat domestik semakin merasakan bahang daripada perang perdagangan AS dan China.

Menerusi laporan suku tahunan terhadap wilayah Jepun, BoJ mengulangi penilaian kekuatan permintaan pada sembilan buah negeri, menutup kelemahan eksport dan output.

Perubahan nada bank pusat ke atas ekonomi menjadi perhatian bagi melihat apakah dasar akan dilonggarkan mesyuarat seawal bulan ini.

Laporan BoJ menunjukkan output perkilangan bagi dua negeri mencerminkan permintaan global yang perlahan ke atas barangan kapital dan elektronik.

“Bilangan syarikat yang menunjukkan ketidakstabilan terhadap outlook ekonomi luar negeri semakin meningkat, kesan daripada konflik perdagangan AS-China”, jelas BoJ.

Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berkata ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar yang sederhana dan secara beransur-ansur sehingga inflasi mencapai sasaran 2% bank pusat.

“BoJ akan mengumumkan perubahan ke atas dasar bagi mengekalkan momentum ekonomi mencapai sasaran inflasi kami”, kata beliau di hadapan pengurus cawangan negeri.

Ekonomi Jepun telah berkembang 2.1% (YoY) pada suku tahun pertama yang lalum namun kebanyakkan penganalisis melihat pertumbuhan akan lebih perlahan pada bulan-bulan mendatang kerana eksport ditekan oleh tarif AS-China.

Tambahan pula, cukai jualan yang bakal dinaikkan pada bulan Oktober juga akan menghadkan lagi perbelanjaan.

Namun BoJ mengatakan kebanyakkan negeri masih menjangkakan peningkatan pada modal perbelanjaan, menunjukkan isu perdagangan masih belum menyekat pelan pelaburan syarikat domestik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: