BOJ Mengekalkan Unjuran Positif Ekonomi

BOJ Mengekalkan Unjuran Positif Ekonomi

Bank Negara Jepun, BOJ mengekalkan unjuran hadapan yang positif bagi sembilan bahagian dalam Jepun dalam laporan sukuan ketiga yang diterbitkan Isnin

Bank Negara Jepun, BOJ mengekalkan unjuran hadapan yang positif bagi sembilan bahagian dalam Jepun dalam laporan sukuan ketiga yang diterbitkan Isnin lalu. Ini melambangkan keyakinan bahawa sektor pasaran pekerjaan yang ketat akan secara berperingkat akan meningkatkan bayaran gaji lalu menggambarkan pemulihan ekonomi yang konsisten.

 

Terdapat juga kebimbangan beberapa bahagian yang menunjukkan kelemahan dalam sektor swasta termasuk bahagian Tokai, kawasan tengah Jepun. Dalam bahagian ini letaknya Hub Gergasi Permotoran Jepun, Toyota Corporation yang mana nilai Yen yang tinggi akan mengurangkan keuntungan Toyota dan merendahkan sentimen pengguna.

 

Gabenor BOJ, Kuroda masih  mengekalkan unjuran positif ekonomi Jepun dan mengekalkan polisi BOJ yang “ultra-loose” bagi memenuhi sasaran 2% inflasi Jepun. Ekonomi Jepun berkembang dengan kadar sederhana dengan kelemahan eksport Jepun berikutan kelembapan ekonomi negara membangun yang merupakan rakan dagang Jepun.

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: