BoJ: Tahap Keyakinan Isi Rumah Menjunam Ke Paras Terendah 10 Tahun Lalu

BoJ: Tahap Keyakinan Isi Rumah Menjunam Ke Paras Terendah 10 Tahun Lalu

Hasil tinjauan Bank Pusat Jepun (BoJ) menunjukkan tahap keyakinan isu rumah terhadap ekonomi negara menjunam ke paras terendah sedekad sepanjang temp

Hasil tinjauan Bank Pusat Jepun (BoJ) menunjukkan tahap keyakinan isu rumah terhadap ekonomi negara menjunam ke paras terendah sedekad sepanjang tempoh tiga bulan hingga September.

Angka tersebut menjadi petunjuk bebanan yang dihadapi oleh ekonomi ketiga terbesar dunia ketika diserang oleh krisis koronavirus.

Data tersebut juga meningkatkan lagi peluang untuk kerajaan dan BoJ mengekalkan program ransangan besar-besaran mereka bagi mengurangkan kesan negatif wabak ke atas ekonomi.

Berdasarkan tinjauan suku tahunan BoJ pada hari ini, indeks yang mengukur sentimen isi rumah terhadap ekonomi semasa mencecah -75.6 mata pada bulan September, lebih rendah berbanding -71.2 yang dicatat pada bulan Jun.

Bacaan tersebut juga adalah yang terburuk sejak Jun 2009, ketika dunia berhadapan krisis kewangan akibat kejatuhan Lehman Brothers sehingga memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi Jepun.

“Tinjauan disusun pada waktu angka jangkitan meningkat di Tokyo, yang mana mungkin menyebabkan isi rumah lebih berhati-hati terhadap penularan wabak”, jelas BoJ.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: