BoJ Tiada Rancangan Untuk Tamatkan Pembelian ETF Atau Melepaskannya

BoJ Tiada Rancangan Untuk Tamatkan Pembelian ETF Atau Melepaskannya

Bank Pusat Jepun tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan pembelian dana dagangan pertukaran (ETF) atau melepaskan sebarang pegangan dana

Bank Pusat Jepun tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan pembelian dana dagangan pertukaran (ETF) atau melepaskan sebarang pegangan dana buat masa ini, kata Gabenor Haruhiko Kuroda dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

“BoJ akan terus membeli ETF secara fleksibel mengikut garis panduan semasa”, jelas Kuroda.

Beliau menyebutkan perbincangan mengenai masa dan kaedah untuk menamatkan polisi yang longgar ini termasuk pembelian bon bank pusat masih di tahap pramatang.

Komen ini dikeluarkan oleh Kuroda susulan pengumuman bank pusat mengenai pembelian ETF bernilai ¥70.1 bilion pada hari Rabu lalu, pembelian harian terbesar yang pernah direkodkan sepanjang sejarah penubuhan BoJ.

Dari sudut makro, data-data ekonomi Jepun secara keseluruhan masih memberangsangkan, namun tanpa data penggerak yang diterbitkan hari ini, pengukuhan dolar AS dengan dorongan peningkatan hasil bon AS telah menolak naik USD/JPY menguji zon tertinggi 109 di awal pembukaan sesi Asia.

Sehingga jam 1.10 petang, USD/JPY masih bertahan di zon tertinggi harian, naik 0.21% dan didagang sekitar 108.95.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: