BoJ Tolak Permohonan Pedagang Untuk Bekerja Dari Rumah

BoJ Tolak Permohonan Pedagang Untuk Bekerja Dari Rumah

Norma baru bekerja di rumah masih belum dapat dicapai oleh para pedagang yang berurusan dengan Bank Pusat Jepun (BoJ). BoJ tidak membenarkan pembe

Norma baru bekerja di rumah masih belum dapat dicapai oleh para pedagang yang berurusan dengan Bank Pusat Jepun (BoJ).

BoJ tidak membenarkan pembelian aset dan transaksi pasaran lain di rangkaiannya menerusi sambungan komputer-komputer di rumah.

Isu ini semakin hangat diperbahaskan di kalangan firma-firma kewangan berikutan peningkatan kes koronavirus di Tokyo.

Bloombergs menyebutkan bahawa persoalan apakah para pedagang boleh melakukan operasi di luar pejabat telah diajukan, namun ianya ditolak oleh BoJ.

Infrastruktur BOJ-Net, yang melibatkan transaksi trilion yen setiap hari, dihubungkan melalui kabel khusus ke komputer di puluhan syarikat kewangan, membolehkan mereka mengakses dagangan bersama bank pusat atau membuat pembelian bon dari kerajaan.

Para pedagang di 56 institusi kewangan berdaftar hanya boleh menggunakan BOJ-Net, atau Sistem Rangkaian Kewangan BoJ, dari komputer pejabat yang dikhusukan untuk menjual bon kepada bank pusat.

21 daripadanya merupakan broker utama yang menggunakan rangkaian yang sama untuk menawar lelongan hutang kementerian kewangan.

Antara hal yang dibimbangkan oleh BoJ jika akses dagangan ini bebas dilakukan di luar ruangan khusus adalah risiko keselamatan siber.

Namun begitu, kebimbangan tersebut tidak senada dengan pendekatan yang digunakan oleh Fed dan ECB di mana kedua-duanya membenarkan perdagangan dengan rakan-rakan dagangan mereka dilakukan di rumah.

Tiada komen rasmi dikeluarkan oleh BoJ terhadap isu di atas sementara firma kewangan yang terlibat masih memerlukan sekurang-kurangya dua kakitangan untuk berada di pejabat bagi tujuan tujuan pembelian bon kerajaan dan penjualan bon kepada bank pusat.

Pembelian aset BOJ “pada dasarnya tidak mungkin” dapat dielakkan oleh firma kewangan kerana ianya mewakili sumber pendapatan yang jarang berlaku dalam ekonomi di mana kadar faedah dikekalkan di bawah sifar, kata Hideyasu Ban, penganalisis dari Jefferies.

“Pesanan pelanggan untuk menjual bon kerajaan Jepun mereka ke bank pusat berkemungkinan menambahkan lagi tekanan untuk memastikan keberadaan pedagang di pejabat”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: