Boris Suarakan Sokongan Kepada May, Buka Peluang ‘Retracement’ GBP/USD

Boris Suarakan Sokongan Kepada May, Buka Peluang ‘Retracement’ GBP/USD

Bekas Menteri Luar UK, Boris Johnson menyuarakan sokongan beliau kepada PM Theresa May untuk meletakkan dan menyampaikan rundingan Brexit di landasan

Bekas Menteri Luar UK, Boris Johnson menyuarakan sokongan beliau kepada PM Theresa May untuk meletakkan dan menyampaikan rundingan Brexit di landasan yang sebenar.

Beliau mengeluarkan keyataan tersebut di dalam acara sampingan persidangan tahunan parti Konservatif.

Persidangan ini dilakukan sebagai salah satu langkah untuk Johnson mencabar kepimpinan May di dalam parti dan negara.

Awal ucapannya, Johnson mengkritik pelan Chequers kerajaan yang memaksa beberapa sektor di UK mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kesatuan Eropah (EU).

Beliau bertindak meletakkan jawatan pada bulan Julai yang lalu selepas parlimen UK meluluskan pelan tersebut yang mana kemudiannya ditolak oleh EU.

Pengukuhan dollar telah menghambat GBP/USD jatuh sehingga paras 1.2940 sebelum menunjukkan sedikit pemulihan selepas kenyataan Johnson dikeluarkan.

GBP/USD kini didagang sekitar 1.2970, naik 30 pips daripada paras terendah, namun masih kekal dengan penurunan 0.53% pada hari Selasa setakat jam 9.05 malam.

Harga 1.3000 kembali menjadi resistance paling penting untuk mencapai paras 1.3055.

1.2940 pula menjadi support harian paling signifikan dan penembusan harga ini berpotensi menekan harga jatuh ke paras 1.2840.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: