Bouygues: 3,000 Antena Mudah Alih Huawei Di Perancis Akan Dikeluarkan Sebelum 2028

Bouygues: 3,000 Antena Mudah Alih Huawei Di Perancis Akan Dikeluarkan Sebelum 2028

Bouygues akan menggantikan 3.000 antena mudah alih buatan Huawei di Perancis menjelang tahun 2028, mengikuti keputusan kerajaan untuk mengeluarkan pe

Bouygues akan menggantikan 3.000 antena mudah alih buatan Huawei di Perancis menjelang tahun 2028, mengikuti keputusan kerajaan untuk mengeluarkan peralatan yang dibuat oleh syarikat China dari kawasan yang berpenduduk padat, kata timbalan CEO Bouygues pada hari Khamis.

Dakwaan Amerika Syarikat bahawa peralatan Huawei boleh digunakan oleh China sebagai alat pengintipan telah menyebabkan kebanyakkan sekutu mereka mula meletakkan sekatan ke atas syarikat tersebut.

Kerajaan Perancis telah memperingatkan kepada operator telekomunikasi yang merancang untuk membeli kelengkapan Huawei 5G bahawa mereka tidak akan dapat memperbaharui lesen untuk peralatan tersebut setelah tamat tempoh.

Reuters melaporkan bahawa arahan tersebut dilihat secara efektif akan mengasingkan teknologi China dari rangkaian mudah alih Perancis pada tahun 2028.

Sebagaimana yang disebutkan oleh timbalan CEO Bouygues, Olivier Roussat dalam wawancara melalui panggilan, “Sejumlah kawasan akan dirombak secara beransur-ansur. Rombakan tersebut akan dilakukan dalam jangka masa lapan tahun dengan kesan yang terhad ke atas operasi kami”.

Roussat juga menyebutkan bahawa mereka telah melancarkan beberapa prosedur undang-undang yang selari dengan arahan negara yang mana ketika ini sekatan ke atas Huawei hanya mensasarkan kawasan berpenduduk padat.

Selain rombakan kawasan baru, gear mudah alih Huawei juga telah dilarang untuk digunakan di bandar Brest, Strasbourg, Toulouse, Rennes dan Paris.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: