bp-oil

BP Akan Beli Syarikat Gas Boleh Diperbaharui AS Pada Harga AS$4.1b

BP telah bersetuju untuk membeli syarikat pengeluar gas boleh diperbaharui AS Archaea dengan harga AS$4.1 bilion bagi membantu gergasi minyak Britain itu mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Gergasi tenaga yang tersenari di bursa London itu tidak mempunyai tunai yang banyak berikutan lonjakan harga minyak sehingga mencetuskan desakan supaya kerajaan UK memperbesarkan cukai ke atas syarikat tenaga bagi menampung kekurangan fiskal.

CEO BP, Bernard Looney berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pengambilalihan Archaea akan mewujudkan “ketua yang sebenar dalam sektor biogas, dan menyokong cita-cita sifar bersih kami”.

Archaea yang berpangkalan di Houston merekodkan penghasilan gas asli yang boleh diperbaharui bersamaan dengan 6,000 tong minyak sehari.

BP akan membayar AS$3.3 bilion tunai ditambah dengan hutang sekitar AS$800 juta, manakala pembelian itu kekal tertakluk kepada peraturan dan kelulusan pemegang saham Archaea.

Pada bulan Jun, BP berkata ia mengambil 40.5 peratus kepentingan dalam projek tenaga Australia yang ditaksirkan sebagai salah satu stesen janakuasa boleh diperbaharui terbesar di dunia.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat tenaga utama sering berhadapan dengan tuduhan menggunakan taktik penipuan greenwashing dalam perniagaan mereka, terutamanya oleh pencinta alam sekitar.

Pengarah dasar Greenpeace UK Doug Parr hari ini berkata dengan menteri kewangan baharu Britain, Jeremy Hunt menghidupkan semula pemotongan cukai untuk mengehadkan hutang negara, “mengapa tidak mempertimbangkan cukai penuh dan wajar ke atas minyak dan gas?”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *