Brexit Bakal Membawa Masalah Kepada Industri Tenaga Britain

Brexit Bakal Membawa Masalah Kepada Industri Tenaga Britain

Penggubal undang-undang UK, memberi amaran bahawa pengunduran daripada Kesatuan Eropah akan memberi ancaman kepada bekalan tenaga dan undustri nuklear

Penggubal undang-undang UK, memberi amaran bahawa pengunduran daripada Kesatuan Eropah akan memberi ancaman kepada bekalan tenaga dan undustri nuklear di negara itu. Pusat janakuasa nuklear yang membekalkan 20% sumber elektrik Britain akan terpaksa ditutup jika mereka meninggalkan European Atomic Energy Community (Euratom). Akibatnya, pengguna bakal dikenakan kos harga yang tinggi untuk bekalan tenaga.

Grid Kebangsaan UK juga memberi amaran yang sama, bahawa rakyat Britain mungkin akan terpaksa menghadapai penambahan 500 juta pound setahun untuk membiayai kos bekalan tenaga. Melainkan May dapat merundingkan sesuatu dengan Institusi Pengawal Selia Euratom, namun ianya tertakluk di bawah peruntukan undang-undang Mahkamah Keadilan Eropah atau European Court of Justice (ECJ) yang tidak mungkin May mahu melibatkan diri di dalamnya.

UK akan mengadakan Pilihanraya pada 8 Jun 2017, setelah May mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen UK dalam usaha beliau untuk meraih sokongan lebih ramai rakyat Britain untuk kerajaan baharu nanti, sekaligus memberi keyakinan kepada pasukan beliau menghadapai rundingan Brexit sepanjang tempoh 2 tahun mendatang ini.

Dalam undian (poll) awal, Parti Konservatif yang dipimpin oleh May tampak unggul mendahului jumlah jangkaan undian nanti, namun apa pun boleh terjadi di hari pengundian sebenar nanti. Kita masih mempunyai tempoh sebulan lagi untuk mengikuti perkembangan lebih lanjut Pilihanraya UK ini.

Sejak 2 minggu lepas, Pound telahpun menguat sebanyak 3.345% dan hampir berjaya membaikpulih kerugian yang dialami ketika GBP Flash Crash yang terjadi pada tahun lepas. Adakah mungkin Pound akan melakukan pembetulan pasaran sebelum Pilihanraya? Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: