Brexit?! Bila Sebenarnya? Lambat Lagi?

Brexit?! Bila Sebenarnya? Lambat Lagi?

Brexit?! Sudah agak muak mendengarnya?. Tetapi ramai tertanya-tanya bila sebenarnya Brexit akan berlaku. Sebenarnya selepas warga UK membuat keputusan

Brexit?! Sudah agak muak mendengarnya?. Tetapi ramai tertanya-tanya bila sebenarnya Brexit akan berlaku. Sebenarnya selepas warga UK membuat keputusan untuk UK keluar daripada blok ekonomi Kesatuan Eropah, EU, proses panjang bagi UK benar-benar Brexit telah didrafkan oleh Perdana Menteri UK, Teresa May. Tetapi hingga kini ianya masih belum dimuktamadkan draft rundingan walaupun selepas lebih 2 bulan Referendum Brexit.

 

Seperti yang saya pernah nyatakan dalam artikel berkenaan Pound Sterling sebelum-sebelum ini, Brexit hanya sebenarnya belaku apabila UK mengaktifkan Artikel 50. Artikel 50 sebenarnya telah dimeterai oleh negara-negara anggota EU ketika Perjanjian Lisbon pada tahun 2007. Dalam artikel 50, ada menyatakan bagaimana sesebuah negara anggota EU boleh keluar daripada EU. Sehingga Artikel 50 diaktifkan, keanggotaan UK dalam EU masih lagi di awang-awangan.

 

Ada kemungkinan UK masih lagi dibenarkan berada kelompok tunggal ekonomi EU selepas Brexit, tetapi ada beberapa isu sensitif yang perlu diperhalusi dalam rundingan Brexit. Antaranya adalah isu imigran yang banyak melibatkan sektor pekerjaan UK. Dalam EU, ada kelonggaran dalam aspek imigresen kerana warga EU bebas bekerja di mana-mana negara anggota EU.

 

Persoalan bilakah sebenarnya Brexit akan berlaku hanya dapat dijawab oleh Perdana Menteri UK, Theresa May. Minggu lalu PM UK ada memberi bayangan bahawa besar kemungkinan beliau akan mengaktifkan Artikel 50 pada Januari atau Febuari 2017 iaitu apabila beliau dan anggota kabinetnya sudah bersedia untuk keluar EU dengan lancar dan teratur. Apabila artikel 50 diaktifkan, UK mempunyai masa 2 tahun untuk memuktamadkan rundingan rasmi keluarnya UK daripada EU.

 

Gabenor Bank of England dalam testimoni kepada Parliment’s Tresury Comittee yang lalu telah memberitahu bahawa ekonomi UK telah dapat mengharungi kejutan awal Referendum Brexit. Selepas Referendum Brexit, Pound Sterling telah susut nilai yang ketara. Dalam pada masa yang sama UK telah hilang penarafan AAA dalam penarafan kredit yang membawa maksud kos bagi pinjaman telah meningkat dengan ketara.

 

Sehingga kini masih terlalu awal untuk kita meramal kesan jangka panjang sebenar Brexit. Hanya masa menentukan segalanya. Wallhualam…

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: