Brexit Bukan Faktor Dalam Kelewatan Perjanjian Perdagangan AS-UK

Brexit Bukan Faktor Dalam Kelewatan Perjanjian Perdagangan AS-UK

Pentadbiran AS pada Khamis menafikan kaitan kegagalan negara itu untuk menghapuskan tarif ke atas keluli dan aluminium UK dengan kebimbangan terhadap

Pentadbiran AS pada Khamis menafikan kaitan kegagalan negara itu untuk menghapuskan tarif ke atas keluli dan aluminium UK dengan kebimbangan terhadap peraturan perdagangan pasca-Brexit yang menjejaskan Ireland Utara.

Kenyataan tersebut menolak laporan yang menyebutkan bahawa rundingan perdagangan terhenti kerana kebimbangan kongres AS tentang ancaman UK untuk menangguhkan sebahagian daripada perjanjian Brexit berkaitan urusan dengan Ireland Utara.

Bekas Presiden AS, Donald Trump telah mengenakan tarif 25 peratus dan 10 peratus ke atas import keluli dan aluminium dari Kesatuan Eropah pada 2018.

Tarif itu bagaimanapun telah ditarik pada Oktober tahun ini, namun masih kekal ke atas UK kerana keluar dari EU.

Pegawai pentadbiran Biden berkata rundingan mengenai perkara itu sedang berlangsung. Mereka juga menyuarkan kebimbangan besar terhadap perselisihan antara UK dan EU tentang pelaksanaan perjanjian Brexit 2020 alam menjejaskan perjanjian damai Good Friday.

Pada bulan September, Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi memberi amaran bahawa tidak mungkin ada perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Washington jika perjanjian damai Ireland Utara dimusnahkan.

Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson pula berkata, “Saya fikir adalah penting untuk tidak mencampurkan kedua-dua isu itu.”

“Mengenai tarif keluli, kami saling bekerjasama dengan pentadbiran Biden. Adalah hal yang menggalakkan melihat mereka mengambil langkah untuk mengurangkan isu itu dan kami sangat tertumpu pada persetujuan resolusi yang menghapuskan tarif yang merosakkan,” tegasnya.

Jabatan perdagangan UK menambah bahawa kebimbangan Ireland Utara “tidak akan menjejaskan pendekatan UK” kerana “perubahan ketara diperlukan” terhadap protokol yang mengawal pergerakan barangan ke wilayah itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: