Brexit: Isu Perikanan Terus Menjadi Halangan Utama

Brexit: Isu Perikanan Terus Menjadi Halangan Utama

Reuters pada hari Selasa melaporkan bahawa isu perikanan terus menjadi halangan bagi EU dan UK untuk mendapatkan sebuah perjanjian perdagangan bebas.

Reuters pada hari Selasa melaporkan bahawa isu perikanan terus menjadi halangan bagi EU dan UK untuk mendapatkan sebuah perjanjian perdagangan bebas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas lanjutan perbincangan Brexit telah berlangsung hampir dua minggu.

Kedua-dua belah negara kini perlu mengikat sebuah perjanjian perdagangan yang baru sebelum 15 November.

Menghampiri tarikh tersebut, jurucakap Suruhanjaya Eropah dalam satu sidang media di Brussels pada hari ini berkata, “Kami belum menemukan penyelesaian pada isu perikanan”.

“Kesepakatan belum tercapai, masih banyak yang perlu dilakukan”, jelas beliau.

Sumber Reuters juga menyebutkan perselisihan UK dan EU dalam isu ini adalah mengenai pembahagian stok ikan dan termasuk rundingan terhadap kuota permintaan tahunan UK.

“Di situlah titik perbezaan. Mereka masih belum maju daripada isu perikanan”, kata satu sumber tanpa nama kepada Reuters.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: