Brexit: Jawatan May Dipertaruhkan & Parlimen UK Bakal Mengumumkan Alternatif Baru

Brexit: Jawatan May Dipertaruhkan & Parlimen UK Bakal Mengumumkan Alternatif Baru

PM UK Theresa May dijangka akan menetapkan tarikh perletakkan jawatan beliau sebagai perdana menteri sebagai harga yang perlu dibayar atas kekalahan

PM UK Theresa May dijangka akan menetapkan tarikh perletakkan jawatan beliau sebagai perdana menteri sebagai harga yang perlu dibayar atas kekalahan beliau memperoleh sokongan parlimen terhadap usul perjanjian Brexit yang dibentangkan.

Dewan parlimen UK pula dijangka akan memilih daripada alternatif peralihan yang ada iaitu keluarkan daripada EU tanpa sebarang perjanjian ataupun membatalkan referendum Brexit.

Krisis tiga tahun Brexit UK menghampiri garisan penamat, namun haluan masih tidak jelas apakah UK akan benar-benar meninggalkan Kesatuan Eropah walaupun May berharap parlimen akan memberi sokongan terhadap usul perjanjian Brexit di saat-saat akhir pada minggu ini.

Penetapan tarikh perletakkan jawatan May di dalam mesyuarat Parti Konservatif yang dihadiri oleh 1922 jawatankuasa di Westminster pada jam 10 malam (waktu Malaysia).

Sebelum penetapan tersebut, pembuat dasar UK akan mula membahaskan apakah alternatif jalan keluar daripada negara ekonomi kelima terbesar di dunia yang akan dibentangkan, kemudian akan diundi pada jam 12 tengahmalam dan keputusan akan diumumkan pada jam 2 pagi.

Menjelang keputusan tersebut, pound stabil dengan GBP/USD didagang sekitar 1.3229, naik 0.17% setakat jam 9.20 malam.

Menurut laporan Financial Times, May mungkin juga menangguhkan niat beliau untuk meletakkan jawatan sehingga undian perjanjian kali ketiga dijalankan pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: