Brexit: Kebuntuan Terhadap Tiga Isu Utama Perlu Di Atasi

Brexit: Kebuntuan Terhadap Tiga Isu Utama Perlu Di Atasi

EU dan UK semakin hampir menyelesaikan kesemua isu yang melibatkan perjanjian perdagangan, namun masalah perikanan, persaingan yang adil dan bagaiman

EU dan UK semakin hampir menyelesaikan kesemua isu yang melibatkan perjanjian perdagangan, namun masalah perikanan, persaingan yang adil dan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan di masa hadapan masih perlu diatasi, jelas diplomat kanan EU di Brussel.

“Kami semakin hampir dan juga semakin jauh. Kelihatan seoalah-olah kami hampir bersepakat pada semua isu, namun perbezaan terhadap tiga isu masih berlaturan”, jelas beliau.

Ketua perunding Brexit menangguhkan perbincangan secara bersemuka pada hari Khamis setelah pasukan deligasi daripada EU disahkan positif Covid-19.

Namun para pegawai masih meneruskan usaha dan perbincangan dari jauh bagi mendapatkan perjanjian yang perlu dikuatkuasakan dalam tempoh enam minggu.

Wakil diplomat EU yang lain pula berkata tiga isu utama terus menjadi perselisihan. “Mereka masih memerlukan masa. Sebahagian daripadanya ada kemajuan, walaupun bergerak sangat perlahan. Isu perikanan pula masih tiada perubahan”.

“Kedua-dua belah pihak masih buntu”, jelas salah seorang pegawai EU yang terlibat secara langsung dalam perbincangan bersama UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: