Brexit Menjadikan Warga Britain Lebih Berhati-hati

Brexit Menjadikan Warga Britain Lebih Berhati-hati

Rundingan Brexit akan disambung semula esok tatkala pentadbiran pimpinan Theresa May terpalit dengan skandal gangguan seksual dan pertemuan rahsia Set

Rundingan Brexit akan disambung semula esok tatkala pentadbiran pimpinan Theresa May terpalit dengan skandal gangguan seksual dan pertemuan rahsia Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Priti Patel dengan pegawai kerajaan Israel tanpa pengetahuan beliau.

27 negara Kesatuan Eropah akan mula berbincang pada hari ini berkenaan tempoh ideal fasa peralihan Brexit, skop, “EU four freedoms” termasuklah kebebasan pergerakan rakyat antara blok EU dan UK. Sehingga kini fas pertama rundingan Brexit masih belum berjaya mencapai kata sepakat bersama.

Jualan runcit UK jatuh paling teruk dalam tempoh 7 bulan pada Oktober memberi isyarat pengguna mula mengambil sikap berhati-hati dalam perbelanjaan menjelang Krismas pada Disember nanti. Jualan berasaskan bukan makanan jatuh sebanyak 0.4% menunjukkan isi rumah enggan berbelanja terhadap perkara yang tidak menjadi keperluan.

Harga rumah di UK pula terus melambung naik akibat daripada bekalan dan permintaan yang tidak seimbang di dalam pasaran hartanah. Walaupun begitu, keyakinan terhadap perumahan semakin merudum jatuh. Halifax melaporkan bekalan rumah turut menurun dengan jumlah penjual baru jatuh buat 19 bulan berturut-turut pada September.

Dua data ini menunjukkan kecenderungan warga Britain untuk tidak berbelanja dengan menyimpan kecairan tunai sebanyak mungkin dan tidak melepaskan aset seperti hartanah tambahan lagi selepas BOE pada minggu lepas telahpun menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Kemuncak EU pada Disember nanti begitu penting bagi delegasi UK mendapatkan sesuatu yang positif untuk mereka meneruskan rundingan ke fasa seterusnya. Sehingga itu, Pound pastinya akan terus ditekan, dan juga memungkinkan Theresa May dipaksa untuk melepaskan jawatan beliau sebagai PM UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: