uk-energy

Britain Akan Lakukan Pinjaman Besar Sekali Lagi Untuk Kurangkan Kejutan Sektor Tenaga

PM baharu UK Britian, Liz Truss pada Khamis mengehadkan bil tenaga pengguna yang melambung tinggi selama dua tahun, bertujuan meredakan kejutan ekonomi akibat perang di Ukraine.

Langkah-langkah yang diperkenalkan itu mungkin akan menyebabkan Britian menanggung kos sehingga £100 bilion.

Truss telah mengumumkan satu tindakan berani dan pantas untuk melindungi pengguna dan perniagaan hanya tiga hari selepas beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri.

“Inilah masanya untuk menjadi berani. Kita sedang menghadapi krisis tenaga global, dan tiada pilihan yang percuma,” katanya kepada parlimen.

“Kita sedang membantu negara ini melalui musim sejuk ini dan seterusnya, dan menangani punca harga melambung tinggi supaya kita tidak pernah berada dalam kedudukan yang sama lagi,” tambahnya.

Beliau juga berkata bahawa bekalan akan dipertingkatkan, dengan moratorium ke atas rombakan digugurkan dan lesen cari gali minyak dan gas baharu dikeluarkan untuk Laut Utara.

“Dasar tenaga sepanjang dekad yang lalu tidak cukup menumpukan pada menyimpan bekalan,” kata Truss.

Kerajaan berkata ia akan membayar pembekal tenaga perbezaan antara had harga baharu dengan harga yang pembekal kenakan ke atas pelanggan.

Dengan harga gas borong kekal tidak menentu, kerajaan Britian tidak meletakkan harga pada pakej gabungan itu, namun ia dijangka mencecah puluhan bilion pound dan akan dibiayai oleh pinjaman kerajaan.

Ahli ekonomi percaya rancangan itu berkemungkinan menambah lebih daripada £100 bilion kepada longgokan hutang Britain.

Deutsche Bank pula menganggarkan bahawa imbangan harga tenaga serta pemotongan cukai yang dijanjikan Truss berpotensi menelan kos sehingga £179 bilion, separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan ketika pandemik.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *