BT UK Pilih Nokia Finland Sebagai Pengganti 5G Huawei

BT UK Pilih Nokia Finland Sebagai Pengganti 5G Huawei

Syarikat Nokia Finland akan mengganti Huawei sebagai pembekal peralatan terbesar kepada syarikat BT setelah memenangi perjanjian bagi membekalkan ran

Syarikat Nokia Finland akan mengganti Huawei sebagai pembekal peralatan terbesar kepada syarikat BT setelah memenangi perjanjian bagi membekalkan rangkaian 5G di seluruh UK.

Pengumuman tersebut menjadi kontrak pertama UK kepada pembuat alat telekomunikasi Finland sejak PM UK Boris Johnson mengharamkan syarikat penyedia mudah alih negara daripada menggunakan sebarang peralatan yang diperbuat oleh Huawei dalam rangkaian 5G baru mereka.

Sekatan yang dibuat atas dasar keselamatan nasional tersebut telah memaksa penyedia telefon bimbit di UK untuk mula menukar “vendor yang berisiko tinggi” dari tahun 2021, dan menjadi peluang keemasan bagi dua pesaing utama Huawei di pasar 5G iaitu Nokia Finland dan Ericsson Sweden.

Syarikat-syarikat di UK diberikan sehingga tahun 2027 untuk mengeluarkan segela peralatan Huawei dalam rangkaian 5G mereka, satu perubahan yang disebutkan oleh oleh BT bakal menelan belanja sekitar £500 juta.

“Dengan kejayaan hubungan kami bersama Nokia di peringkat seterusnya, kami akan terus menerajui pelancaran rangkaian tetap dan mudah alih untuk memberikan pengalaman yang terbaik bagi para pelanggan,” kata CEO BT Philip Jansen dalam satu kenyataan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: