BTC Berdepan Risiko Jualan Panik Jika Jatuh Di Bawah $30,000

BTC Berdepan Risiko Jualan Panik Jika Jatuh Di Bawah $30,000

Bitcoin merosot ke paras terendah dua minggu, didagang sekitar $32,900 menghampiri paras terendah bulan Mei. Sebahagian penganalisis memberi amara

Bitcoin merosot ke paras terendah dua minggu, didagang sekitar $32,900 menghampiri paras terendah bulan Mei.

Sebahagian penganalisis memberi amaran bahawa penembusan di bawah harga $30,000 boleh mencetuskan jualan panik besar-besaran berikutan sentimen negatif dijangka akan terus menekan menjelang pertemuan G7 pada Jumaat ini.

“Sebarang berita positif secara literal ditenggelami oleh suara-suara negatif,” kata pengasas bersama AllianceBlock, Amber Ghaddar pada hari ini.

“Tidak ada keraguan bahawa lebih banyak berita negatif akan membawa kepada selloff berterusan dan jualan panik besar-besaran daripada pedagang baru yang telah mengalami kerugian sepanjang Mei jika harga melepasi paras $29,000.”, tambah beliau.

Ghaddar walau bagaimanapun berpandangan bahawa pemegang BTC jangka panjang tidak akan terjejas dengan situasi tersebut dan mungkin akan mula mengumpul bitcoins yang dianggap bernilai rendah.

Pada Isnin, FBI berjaya memperoleh hampir semua wang tebusan Bitcoin yang dibayar kepada pelaku serangan siber di Colonial Pipeline bulan lalu.

Perkembangan itu menunjukkan kemampuan pihak berkuasa undang-undang untuk mencari penjenayah dalam talian walaupun mereka beroperasi di luar sempadan negara.

Selain keupayaan FBI untuk mengesan dan mendapatkan semula mata wang kripto yang mungkin berlawanan dengan sifat anti pihak berkuasa yang mendorong pembuatan Bitcoin, ianya juga dilihat sebagai tanda positif untuk sektor ini untuk mendapat penerimaan arus perdana yang lebih luas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: