Bullish Dollar Semakin Sukar Dipertahankan, Harga Emas Melonjak $12

Bullish Dollar Semakin Sukar Dipertahankan, Harga Emas Melonjak $12

Peningkatan indeks USD ke paras tertinggi tahunan 2018 dilihat terhad sekitar paras 97.20. Dollar kini telah berundur dan semakin sukar untuk mempe

Peningkatan indeks USD ke paras tertinggi tahunan 2018 dilihat terhad sekitar paras 97.20.

Dollar kini telah berundur dan semakin sukar untuk mempertahankan momentum positif selepas perkembangan Brexit yang baik telah meningkatkan permintaan aset-aset berisiko seperti saham.

Selain daripada kenyataan oleh Timbalan Presiden EU, Setiausaha Brexit UK Dominic Raab turut mengatakan bahawa perjanjian mungkin dapat dicapai pada 21 November hadapan.

Berita Brexit yang lebih optimis berjaya memulihkan sentimen risiko yang telah menekan pound dan euro, disamping memicu penjualan dollar secara besar-besaran.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback susut 0.55% ke paras 96.59. Berikut adalah perubahan dollar berbanding matawang utama dunia yang lain setakat jam 5.50 petang:

Pasaran emas di Comex NYMEX turut mengambil peluang daripada kelemahan dollar untuk melonjak ke paras tertinggi 10 minggu yang lalu, didagang sekitar $1,226.80 per auns.

Laporan pekerjaan ADP pada hari Rabu yang lalu dilihat masih memberi sokongan kepada dollar menjelang data rasmi NFP yang akan diterbitkan pada hari esok.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: