Bullish GBP/USD Terhenti Seketika?

Bullish GBP/USD Terhenti Seketika?

Sektor pembuatan UK mengeluarkan bacaan PMI yang mengecewakan, jatuh ke paras 56.3, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat perkembangan sektor

Sektor pembuatan UK mengeluarkan bacaan PMI yang mengecewakan, jatuh ke paras 56.3, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat perkembangan sektor ini kukuh pada bacaan 58.0

Walau bagaimanapun, perkembangan tersebut hanya bergerak perlahan dengan perbezaan jarak hampir 2.0 mata, berjaya mengekalkan bacaan di atas 50.0 yang menunjukkan sektor masih berkembang baik.

GBP/USD gagal mengekalkan kenaikan di atas paras 1.3550 dengan harga kini turun kembali ke paras 1.3548 pada jam 6.25 petang.

Apakah momentum bullish GBP/USD sudah terhenti atau penurunan hanyalah bersifat sementera membuat pembetulan harga?

Pasangan matawang ini masih berjaya mengekalkan peningkatan sekitar 43 pips atau 0.33% daripada pembukaan harga hari Selasa.

Berdasarkan kajian PMI (Purchasing Manager Index) Markit, sektor pembuatan UK pada bulan Disember sudah dijangka bergerak perlahan, berada pada paras 58.0, lebih rendah berbanding bulan November walaupun bacaan yang dikeluarkan lebih rendah. Hal ini didorong oleh nilai pound yang lemah sehingga meningkatkan permintaan dan hasil eksport.

Namun begitu, secara keseluruhannya, prestasi ekonomi UK pada tahun 2017 adalah lemah, didorong oleh ketidak tentuan Brexit.

Laporan PMI pembuatan UK hari ini merupakan bacaan pertama daripada tiga PMI yang akan dikeluarkan pada hari Rabu (PMI Pembinaan) dan hari Khamis (PMI Perkhidmatan) yang mana merupakan sektor terpenting dalam ekonomi UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: