Bursa Saham Frankfrut Alamai Gangguan Teknikal, Menjejaskan Dagangan Lima Negera Eropah

Bursa Saham Frankfrut Alamai Gangguan Teknikal, Menjejaskan Dagangan Lima Negera Eropah

Sistem dagangan elektronik Xetra yang berpangkalan di Frankfurt Jerman mengalamai gangguan teknikal sehingga menjejaskan kesemua dagangan sekuriti pa

Sistem dagangan elektronik Xetra yang berpangkalan di Frankfurt Jerman mengalamai gangguan teknikal sehingga menjejaskan kesemua dagangan sekuriti pada platform tersebut, kata jurucakap Deutsche Boerse pada hari ini.

Gangguan di Xetra yang menggunakan sepenuhnya sistem perdagangan pasaran tunai elektronik telah menjejaskan perdagangan Austria, Czech Republic, Hungary, Germany dan Slovenia.

Saham blue-chip Austrian (ATX) tidak dibuka pada waktu pembukaan yang dijadualkan pada 0700 GMT.

Memetik laporan Reuters, data Refinitiv menunjukkan purata volume dagangan harian blue-chip Jerman DAX tergantung sekitar 0.15% manakala saham STOXX 600 berada pada 3% setakat jam 0733 GMT.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa ada masalah teknikal di Xetra … kami sedang menyiasat kegagalan itu,” kata Patrick Kalbhenn, jurucakap bursa saham Jerman.

Hal ini menambah lagi tamparan ke atas Deutsche Boerse yang pernah mencatat gangguan dagangan terpanjang pada bulan April apabila bursa saham Frankfurt terpaksa dihentikan lebih dari empat jam.

Aliran tunai pada bursa saham Jerman telah menghasilkan perolehan sekitar $159.8 billion EUR pada bulan Mei.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: