Syarikat pembuat kereta elektrik dari China, BYD, merancang untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik (EV) di Mexico dengan sasaran 100,000 unit pada tahun 2025.
Pada tahun ini sahaja, mereka mensasarkan jualan sebanyak 50,000 unit. Ini menunjukkan perkembangan pesat BYD dalam pasaran Amerika Latin selepas kejayaan mereka di negara-negara seperti Thailand dan Brazil.
Menurut Jorge Vallejo, Ketua Pengarah BYD Mexico, syarikat itu juga akan mengumumkan lokasi kilang EV pertama mereka di Mexico sebelum penghujung tahun ini.
Kilang tersebut dijangka menghasilkan 150,000 kenderaan dalam fasa pertama, dengan potensi untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 150,000 lagi pada fasa kedua. Kilang ini akan mewujudkan lebih daripada 10,000 pekerjaan, menjadikannya antara yang terbesar di negara tersebut.
Walaupun terdapat kemungkinan sekatan tarif dari Amerika Syarikat jika dasar baharu dikenakan terhadap kereta buatan China, BYD tetap optimis untuk berkembang di Mexico.
Mereka juga sedang berusaha mendapatkan lanjutan pelepasan tarif untuk EV yang diimport ke negara itu. Langkah ini sebahagian daripada strategi mereka untuk mengukuhkan kehadiran di pasaran Amerika Utara
Add a Comment