Canselor Jerman Menentang Perubahan Pada Peraturan Defisit EU

Canselor Jerman Menentang Perubahan Pada Peraturan Defisit EU

Canselor Jerman, Olaf Scholz pada hari ini berkata bahawa beliau tidak melihat keperluan untuk mengubah peraturan defisit Kesatuan Eropah yang kini s

Canselor Jerman, Olaf Scholz pada hari ini berkata bahawa beliau tidak melihat keperluan untuk mengubah peraturan defisit Kesatuan Eropah yang kini sedang ditangguhkan bagi membantu negara anggota mengatasi wabak koronavirus.

“Kami telah menunjukkan bahawa kami mempunyai fleksibiliti yang diperlukan semasa krisis ini,” kata Scholz kepada wartawan dalam sidang media dalam talian sambil menyebutkan peraturan semasa sedang berfungsi.

Ucapan itu dikeluarkan sebagai reaksi balas terhadap komen Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis, Clement Beaune minggu lalu, yang mengatakan bahawa Paris “tidak dapat membayangkan bagaimana meletakkan semula pakatan yang sama di tempatnya” setelah berakhirnya wabak terburuk ini.

Peraturan defisit dan hutang awam EU telah ditangguhkan pada masa ini, memberi kerajaan di bawah blok kebebasan untuk merangsang ekonomi mereka menerusi program perbelanjaan yang besar untuk memerangi kemelesetan bersejarah.

Secara teorinya, peraturan ini akan menghadkan defisit tahunan pada 3% dari KDNK dan hutang pada 60% walaupun siling hutang ini sering dilanggar.

Para pemerintah blok Eropah masih dalam keraguan untuk menetapkan tarikh bagi mengembalikan peraturan-peraturan ini pada tempatnya berikutan gelombang virus yang berterusan telah mengakibatkan ketidaktentuan terhadap outlook ekonomi.

Brussels mengatakan bahawa mereka ini menilai semula hal ini pada musim bunga 2021, dan pandangan yang kuat terutamanya dari mereka yang fiskal konservatif seperti Jerman dan Belanda mengatakan perubahan tersebut akan memakan masa bertahun-tahun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: