Celcom Naik Taraf 4,700 Tapak Rangkaian Dengan Teknologi 4G Terbaru

Celcom Naik Taraf 4,700 Tapak Rangkaian Dengan Teknologi 4G Terbaru

Celcom A­xiata Bhd. (Celcom) mempercepatkan naiktaraf kapasiti rangkaian mereka dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara, sela

Celcom A­xiata Bhd. (Celcom) mempercepatkan naiktaraf kapasiti rangkaian mereka dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara, selari dengan peningkatan permintaan data mudah alih.

Menurut Celcom, data trafik telah mencatat peningkatan sebanyak 40% pada Q3 2020 berbanding Q4 2019.

Peningkatan ini disebabkan oleh lebih ramai pengguna berurusan secara digital berikutan sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi mengawal penularan Covid-19.

CEO Celcom, Idham Nawawi berkata naiktaraf yang membabitkan pelaburan bernilai RM256 juta tersebut disokong oleh modal yang telah diperuntukkan bagi tahun kewangan 2021.

“Menjelang Februari 2021, Celcom mensasarkan sehingga 4,700 tapak rangkaian seluruh negara dengan 51 peratus daripadanya di kawasan luar bandar akan menerima naik taraf kapasiti dan pemasangan peralatan 4G baharu”, jelas beliau.

Idham juga berkata penambahbaikan ini memfokuskan kepada kelajuan muat turun, penyediaan liputan dalam bangungan dan juga liputan 4G yang lebih meluas di kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Celcom juga akan meneruskan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi untuk mempertingkatkan kapasati, menyelesaikan masalah buffering dan kualiti panggilan suara serta video yang lebih baik sebelum Ogos 2021.

Rangkaian Celcom sehingga hari ini terus mendahului sebagai liputan paling meluas dengan 11,500 tapak rangkaian di seluruh negara yang dinikmati oleh lebih 13 juta pengguna, jelas Idham.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: