clecomdigi 5g

CelcomDigi Sedia Bina Rangkaian 5G Kedua Malaysia

CelcomDigi Berhad mengumumkan dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa syarikat itu telah melengkapkan perjanjian langganan saham bersyarat dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Digital Nasional Berhad (DNB) dan menandatangani perjanjian pemegang saham (SHA) untuk kepentingan ekuiti dalam DNB.

Pengumuman ini susulan kenyataannya pada 20 Jun lalu yang menyatakan ia bersedia untuk melengkapkan SSA, mengesahkan sokongan penuh Syarikat terhadap model Rangkaian Dwi 5G Kerajaan.

Perjanjian itu juga menunjukkan kesediaan CelcomDigi untuk menerajui dalam membentuk landskap 5G negara dan dalam menyampaikan perkhidmatan 5G yang inovatif kepada pengguna Malaysia dan perusahaan.

“Kami suda bersedia untuk ke fasa peralihan seterusnya kepada model Rangkaian Dwi 5G dan mengambil bahagian dalam proses akan datang untuk membina rangkaian 5G kedua,” kata CEO CelcomDigi, Datuk Idham Nawai.

Beliau menyebutkan bahawa penyelesaian ini kan memberi manfaat kepada pengguna Malaysia dan industri melalui mekanisme pemilihan.

“Peralihan yang adil dan telus akan menggalakkan persaingan yang sihat dan saksama antara kedua-dua rangkaian 5G, sekali gus memajukan pembangunan teknologi dan ekonomi negara”, ujarnya.

Datuk Idham juga berkata bahawa CelcomDigi mempunyai rekod prestasi dan pengalaman yang besar dalam rangkaian mudah alih sejak 30 tahun lalu. Oleh itu, dengan gabungan RM4 bilion CAPEX yang dilaburkan, ia diyakini dapat mengukuhkan kedudukan syarikat untuk menerajui pembangunan rangkaian 5G kedua Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *