CEO Amazon Menjadi ‘Dermawan’ Kedua Terbesar Dalam Sejarah Selepas Warren Buffett

CEO Amazon Menjadi ‘Dermawan’ Kedua Terbesar Dalam Sejarah Selepas Warren Buffett

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeff Bezos pada hari Selasa yang lalu mengumumkan bahawa beliau bersedia menyumbang $10 billion USD kepada para sainti

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeff Bezos pada hari Selasa yang lalu mengumumkan bahawa beliau bersedia menyumbang $10 billion USD kepada para saintis, aktivis dan NGO bagi melindungi persekitaran dan melindungi dunia daripada kesan pemanasan global (climate change) menerusi program The Bezos Earth Fund.

Program yang dikenali sebagai The Bezos Earth Fund akan mula mengeluarkan geran pada musim panas sebagai salah satu inisiatif syarikat.

Kesediaan Bezos mengeluarkan 7.7% daripada kekayaan bersih beliau , telah memasukkanya ke dalam senarai para jutawan yang meletakkan peruntukkan yang besar bagi menangani isu pemanasan global.

Jumlah tersebut juga menjadikan beliau sebagai dermawan kedua terbesar dalam sejarah selepas pemberian $43 billion oleh Warren Buffett kepada Gates Foundation.

“Perubahan iklim adalah ancaman yang besar kepada planet kita. Saya ingin memberikan kerjasama untuk mengukuhkan kaedah yang telah diketahui dan meneroka cara yang baru bagi menangani impak pemanasan global yang menimpa planet kita”, jelas Bezos menerusi akaun Instagram beliau.

Bagi merealisasikan hal tersebut, Bezos menegaskan bahawa usaha yang kolektif diperlukan antara syarikat-syarikat besar mahupun kecil, negara, organisasi global dan individu.

Menangani pemanasan global menjadi popular di kalangan jutawan AS sejak beberapa tahun yang lalu dengan Bill Gates, Michael Bloomberg dan pengurus hedge fund Tom Steyer antara ‘dermawan besar’ yang telah terlibat secara langsung dalam isu-isu alam sekitar.

Pengumuman Bezos walau bagaimanapun dikritik oleh sebahagian sidang akhbar seperti The New York Times yang menyebutkan bahawa pemberian dana sahaja belum mencukupi sementara Amazon kekal sebagai pencemar alam sekitar yang besar pada tahun ini.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Amazon bahawa mereka telah melepaskan 44..3 juta ton metrik CO2 pada tahun 2018, selari dengan jumlah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat penapisan minyak dan gas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: