CEO Amazon Sahkan Syarikat Telah Mula Memberhentikan Pekerja

CEO Amazon Sahkan Syarikat Telah Mula Memberhentikan Pekerja

Amazon mengesahkan pada hari ini bahawa syarikat akan membuang kakitangannya, selepas beberapa hari berlegarnya khabar angin bahawa gergasi e-dagang

Amazon mengesahkan pada hari ini bahawa syarikat akan membuang kakitangannya, selepas beberapa hari berlegarnya khabar angin bahawa gergasi e-dagang itu akan menjadi firma teknologi terbaru yang melancarkan pelan pembuangan berskala besar.

“Ekonomi kekal di tempat yang mencabar dan kami telah menggaji dengan pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tulis CEO Andy Jassy dalam memo dalaman yang diterbitkan di laman web Amazon.

Media AS sebelum ini melaporkan bahawa platform itu dan beberapa cawangannya akan memberhentikan kira-kira 10,000 pekerja.

Jassy tidak mengesahkan angka tersebut, namun berkata proses itu telah bermula dan akan diteruskan awal tahun hadapan.

Pasukan pertama yang terjejas ialah mereka yang berurusan dengan peranti elektronik jenama seperti e-pembaca Kindle dan pembuangan juga melibatkan pekerja di kedai-kedai fizikal.

“Akan ada lebih banyak pengurangan kakitangan apabila para pengurus terus membuat pelarasan,” tulisnya.

“Keputusan itu akan dikongsi dengan pekerja dan organisasi yang terjejas pada awal tahun 2023. Kami masih belum membuat kesimpulan dengan tepat berapa banyak bidang pekerjaan yang akan terjejas,” tambahnya.

Jassey berkata bahawa dalam kira-kira 18 bulan dia menjadi CEO, “tidak diragukan lagi, ini adalah keputusan paling sukar pernah kami lakukan.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: