CEO JPMorgan Kekal Skeptikal, Anggap Bitcoin Tidak Bernilai

CEO JPMorgan Kekal Skeptikal, Anggap Bitcoin Tidak Bernilai

Jamie Dimon, ketua pegawai eksekutif (CEO) JPMorgan Chase & Co pada persidangan semalam berkata bahawa matawang kripto akan dikawal selia oleh ke

Jamie Dimon, ketua pegawai eksekutif (CEO) JPMorgan Chase & Co pada persidangan semalam berkata bahawa matawang kripto akan dikawal selia oleh kerajaan dan beliau secara peribadi menganggap bitcoin “tidak bernilai.”

“Tidak peduli apa pun yang difikirkan oleh seseorang, kerajaan pasti akan mengawalnya. Mereka akan mengawal selia untuk tujuan pencegahan pengubahan wang haram, Akta Kerahsiaan Bank dan percukaian,” kata Dimon, merujuk pada peraturan perbankan.

Dimon, ketua kepada bank terbesar di AS sangat vokal dalam mengkritik mata wang digital dan pernah menyebutnya sebagai penipuan sebelum menarik semula kenyataan tersebut.

Pada musim panas, JPMorgan telah memberi pelanggan pengurusan harta untuk mengakses dana mata wang kripto, menunjukkan penasihat kewangan bank itu membenarkan transaksi jual beli dari pelanggan untuk lima jenis kripto.

Namun Dimon mengatakan bahawa beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak bank dah ahli lembaga pengarah yang lain, iaitu masih skeptikal dengan mata wang digital.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa bitcoin tidak bernilai,” jelas Dimon.

“Pelanggan kami adalah orang dewasa. Mereka tidak setuju. Sekiranya mereka ingin mempunyai akses untuk membeli atau menjual bitcoin – kami tidak dapat menyimpannya – tetapi kami dapat memberi mereka akses yang sah dan bersih,” tambah beliau.

Tiada reaksi segera terhadap dagangan Bitcoin susulan kenyataan Dimon tersebut selepas mencatat peningkatan lima peratus pada sesi yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: