CEO KWSP: 5.38 Juta Pencarum Mungkin Hanya Peroleh RM41/bulan Selepas Bersara

CEO KWSP: 5.38 Juta Pencarum Mungkin Hanya Peroleh RM41/bulan Selepas Bersara

Menurut perangkaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seramai 43% atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang dari

Menurut perangkaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seramai 43% atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Hal ini menunjukkan bahawa para pencarum ini mungkin hanya dapat menjalani persaraan dengan pendapatan kurang RM41 sebulan sepajang 20 tahun jika simpanan tidak bertambah selepas pengeluaran Akaun 1 dilakukan.

CEO KWSP Tunku Alizakri Alias juga berkata, 54% daripada 245,000 ahli yang berumur 54 tahun pada 2020 hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan RM200/bulan bagi tempoh 20 tahun.

“Jumlah RM200 atau sangat jauh daripada paras kemiskinan negara RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas menurut kaji selidik Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” kata beliu semalam.

Antara punca jumlah simpanan Akaun 1 kurang daripada RM10,000 adalah kerana gaji asas yang rendah sebelum diperkenalkan penetapan gaji minimum oleh kerajaan.

Tunku Alizakri mengeluarkan kenyataan ini beberapa hari selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan bertujuan meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: