CGS-CIMB Research: Pemilik Pusat Beli Belah Berhadapan Risiko Kemerosotan Penyewa

CGS-CIMB Research: Pemilik Pusat Beli Belah Berhadapan Risiko Kemerosotan Penyewa

Syarikat penyelidikan CGS-CIMB Research dalam satu nota kajiannya berkata berdasarkan perkembangan bulan Oktober, beberapa gedung beli belah yang ter

Syarikat penyelidikan CGS-CIMB Research dalam satu nota kajiannya berkata berdasarkan perkembangan bulan Oktober, beberapa gedung beli belah yang terkesan dengan penurunan jualan dan pengunjung kini berhadapan risiko penutupan.

“Pemeriksaan awal kami terhadap pusat beli belah runcit sejak pelaksanaan semula PKPB menunjukkan jualan penyewa dan pengunjung dijangka merosot sebanyak 20 ke 30 peratus pada suku keempat 2020”, jelas mereka.

Selain itu, statistik akhir Jun yang diterbitkan oleh Kumpulan Peruncit Malaysia (RGM) menunjukkan penyusutan 63% (tahun ke tahun) jualan runcit bagi gedung serbaneka bagi tempoh April-Jun.

Kemerosotan penjualan yang berterusan kini dibimbangi akan mendorong lebih banyak para penyewa untuk menutup operasi perniagaan mereka, jelas CGS-CIMB Research.

Walau bagaimanapun, syarikat penyelidikan ini masih mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor REITs (Amanah Pelaburan Hartanah).

“Penutupan Robinsons dan penutupan pawagam hanya akan menjejaskan pendapatan buat sementara waktu,” kata mereka.

Pada 30 Oktober, Robinson mengumuman pembuaran dua buah kedainya di The Gardens Mall dan Shoppes at Four Seasons Place.

Robinson merupakan penyewa kedua terbesar di The Gardens Mall selepas Isetan dengan sumbangan RM1.5 juta dalam bentuk pendapatan sewa setiap bulan kepada pusat beli belah tersebut.

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) pula sebulat suara memutuskan penutupan sementara operasi pawagam bermula November 2020 berikutan kerugian yang telah mencecah 90% berbanding tahun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: