Pada hari Sabtu hujung minggu yang lalu, Republik Senat bersetuju untuk meluluskan pemotongan cukai berjumlah $1.4 trillion yang sebelum ini dibayar b
Pada hari Sabtu hujung minggu yang lalu, Republik Senat bersetuju untuk meluluskan pemotongan cukai berjumlah $1.4 trillion yang sebelum ini dibayar bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Kelulusan ini telah membawa rang undang-undang hampir ke fasa perlaksanaan, sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini.
Berdasarkan hasil kajian badan bebas, defisit kerajaan dijangka akan meningkat sehingga $1 trillion dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya pemotongan ini dilaksanakan walaupun dihitung bersama-sama pertumbuhan.
Pemotongan cukai korporat AS daripada 35% kepada 20% juga termasuk dalam reformasi cukai yang dibentangkan. Selain itu, perubahan cukai individu yang didakwa oleh Trump akan membuat rakyat lebih ‘gembira’ turut diluluskan, namun sebahagian pengkritik mengatakan bahawa reformasi ini lebih memberi keuntungan kepada golongan berpendapatan tinggi.
Pembuat dasar dewan Senat dan Rakyat akan mula berbincang bagi menggabungkan kedua-dua cadangan yang berasingan, kemudian diletakkan di dalam bill cukai terakhir sebelum diserahkan kepada Trump dan diserap masuk ke dalam undang-undang negara.
Indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain terus meningkat sejak hari Isnin yang lalu, naik 0.44% ke paras 93.22 pada jam 5.15 petang.
Pengukuhan dolar didorong oleh jangkaan bahawa pemotongan cukai ini akan meransangkan lagi ekonomi AS, disamping mengukuhkan jangkaan Fed untuk mempercepatkan kadar rate hike mereka di masa hadapan.
Kekuatan dolar turut mendorong hasil bon kerajaan melonjak lebih tinggi apabila kerajaan terpaksa lebih bergantung kepada hutang berikutan cukai pendapatan yang merupakan hasil negara semakin berkurangan.
Data PMI sektor perkhidmatan oleh ISM pada jam 11 malam ini akan mengukuhkan lagi pergerakan dolar, sama ada terus melonjak naik atau menjadi penghalang sementara kepada peningkatan USD sebelum laporan NFP dikeluarkan pada hari Jumaat.
COMMENTS