China Akan Promosi Hubungan Perniagaan Yang Saling Menguntungkan

China Akan Promosi Hubungan Perniagaan Yang Saling Menguntungkan

Perdana Menteri China, Li Keqiang pada hari ini berjanji untuk mendorong hubungan perniagaan dengan Amerika Syarikat dengan sikap "saling menghormati

Perdana Menteri China, Li Keqiang pada hari ini berjanji untuk mendorong hubungan perniagaan dengan Amerika Syarikat dengan sikap “saling menghormati” dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Dua ekonomi terbesar di dunia ini telah mengalami konflik yang berpanjangan terhadap dasar perdagangan dan ekonomi, terutamanya selepas AS menyekat eksport teknologi kepada China.

Selain itu, kedua-dua negara ini juga saling menambah tarif ke atas beberapa senarai barang import masing-masing.

Pada minggu ini, Presiden AS Joe Biden menyebutkan bahawa “persaingan dengan China yang semakin meningkat” merupakan cabaran utama kepada negara.

Selain itu, wakil diplomat AS juga menggambarkan negara Asia sebagai “ujian geopolitik terbesar” pada abad ini.

Dalam laporan kerja pada pembukaan persidangan tahunan parlimen China, Li berkata mereka ingin bekerjasama dengan Amerika Syarikat.

“Kami akan mempromosikan pertumbuhan hubungan perniagaan China-AS yang saling menguntungkan atas dasar kesetaraan dan saling menghormati,” katanya, tanpa memberikan perincian.

AS pula sebelum ini telah berulang kali mengadu tentang masalah akses pasaran di China bagi syarikat-syarikat mereka.

Calon wakil perdagangan AS Biden, Katherine Tai, pada hari Isnin lalu berkata bahawa belau akan berusaha memerangi amalan-amalan perdagangan dan ekonomi China yang “tidak adil”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: