China Alu-alukan Kemasukan Syarikat AS Ke Dalam Pasaran Mereka

China Alu-alukan Kemasukan Syarikat AS Ke Dalam Pasaran Mereka

China mengalu-alukan kemasukan syarikat AS ke dalam pasaran mereka dan akan berusaha mewujudkan persekitaran yang adil, jelas Kementerian Industri Ch

China mengalu-alukan kemasukan syarikat AS ke dalam pasaran mereka dan akan berusaha mewujudkan persekitaran yang adil, jelas Kementerian Industri China pada hari ini selepas mesyuarat bersama Qualcomm Inc and General Motors.

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Xiao Yaqing mengeluarkan kenyataan tersebut ketika pertemuan dalam talian yang diadakan bersama delegasi yang dihantar oleh Majlis Perniagaan AS-China.

Xiao juga berkata China mempunyai prospek pasaran yang baik di bidang teknologi 5G dan kenderaan tenaga baru.

Pertemuan ini berjalan ditengah-tengah keruncingan konflik antara Beijing dan Washington sejak beberapa minggu terakhir.

Antara isu yang menjadi pertikaian besar adalah dalam bidang teknologi sehingga AS bertindak menyerang firma-firma China di sana seperti Semiconductor Manufacturing International Corp, ByteDance and Tencent Holdings.

Wall Street Journal (WSJ) pada hari Sabtu yang lalu melaporkan bahawa Beijing akan menahan orang-orang Amerika di China sebagai tindak balas terhadap dakwaan Jabatan Kehakiman AS ke atas pelajar China yang di tuduh mempunyai hubungan ketenteraan.

Kementerian Luar China ketika mengulas tentang laporan WSJ di atas berkata bahawa AS hanya ingin memanipulasi keadaan dengan menyalahkan China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: