China Arah Industri Permainan Video Hentikan Tumpuan Terhadap Keuntungan

China Arah Industri Permainan Video Hentikan Tumpuan Terhadap Keuntungan

Pengawal selia China telah memanggil syarikat-syarikat permainan video termasuk Tencent Holdings Ltd. dan Netease Inc. untuk membincangkan lebih lanj

Pengawal selia China telah memanggil syarikat-syarikat permainan video termasuk Tencent Holdings Ltd. dan Netease Inc. untuk membincangkan lebih lanjut tentang pengawasan industri tersebut.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, pengawal selia China telah memanggil para eksekutif-eksekutif industri ini ke dalam satu mesyuarat semalam untuk mengarahkan mereka menghentikan tumpuan terhadap keuntungan dan mencegah kanak-kanak di bawah umur daripada menjadi ketagih dengan permainan.

Laporan itu telah menyebabkan nilai saham kedua-dua syarikat tersebut merosot lebih AS$60 bilion didorong oleh kebimbangan bahawa pihak pengawal selia China akan mengetatkan lagi undang-undang di dalam industri itu.

Kerajaan China pada minggu lalu telah mengeluarkan peraturan baharu bagi industri ini, termasuk menghadkan waktu kanak-kanak untuk bermain permainan video kepada tiga jam seminggu.

Selain menghentikan tumpuan kepada keuntungan, agensi-agensi yang terlibat turut memaklumkan kepada syarikat permainan untuk menghapuskan “kandungan lucah dan ganas” dan mengelakkan “kecenderungan yang tidak sihat, seperti pemujaan wang dan khayalan.”

Akhbar Xinhua juga berkata bahawa pihak berkuasa China telah mengarahkan perusahaan dan platform untuk memperketat pemeriksaan isi permainan mereka serta menentang persaingan yang tidak adil bagi mencegah monopoli di dalam industri.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: