China Atasi AS, Jadi Negara Terkaya Di Dunia

China Atasi AS, Jadi Negara Terkaya Di Dunia

China telah mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi negara terkaya di dunia apabila kekayaan globalnya telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh

China telah mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi negara terkaya di dunia apabila kekayaan globalnya telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co baru-baru ini, anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion pada tahun 2020.

Laporan itu telah disediakan selepas meneliti kunci kira-kira negara 10 negara, mewakili lebih 60 peratus daripada pendapatan dunia.

Kekayaan seluruh dunia telah meningkat kira-kira AS$514 trilion pada tahun 2020, daripada AS$156 trilion pada tahun 2000 dan China muncul sebagai negara terkaya, menyumbang hampir satu pertiga daripada peningkatan itu.

Dalam tempoh yang sama, AS menyaksikan penambahan lebih dua kali ganda kepada $90 trilion pada nilai bersihnya. Bagaimanapun, negara itu tidak dapat mengalahkan China kerana tiada kenaikan harga hartanah.

Memetik laporan Bloomberg, McKinsey & Co menegaskan bahawa lebih dua pertiga daripada kekayaan AS dan China dipegang oleh 10 peratus isi rumah terkaya dan menurut laporan yang dikeluarkan terdapat peningkatan yang ketara terhadap bahagian mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: