China Bakal Memotong Separuh Tarif Yang Telah Dikenakan Ke Atas Barangan Import AS

China Bakal Memotong Separuh Tarif Yang Telah Dikenakan Ke Atas Barangan Import AS

China pada hari Khamis memutuskan bahawa mereka akan memotong separuh tarif yang dikenakan ke atas 1,717 produk import AS pada tahun lalu tanpa menje

China pada hari Khamis memutuskan bahawa mereka akan memotong separuh tarif yang dikenakan ke atas 1,717 produk import AS pada tahun lalu tanpa menjelaskan butiran senarai barangan yang terlibat.

Kementerian Kewangan China melalui kenyataan mereka berkata penurunan tarif (10% kepada 5%) dan (5% kepada 2.5%) ke atas barangan yang telah dikenakan tarif pada 1 September akan dikuatkuasakan pada jam 0501 GMT pada 14 Februari hadapan.

Pemotongan ini diumumkan tiga minggu selepas kedua-dua negara AS dan China menadatangani perjanjian perdagangan fasa pertama secara rasmi.

Perjanjian yang dilakukan melibatkan penambahan pembelian produk dan perkhidmatan AS oleh China bernilai $200 billion dalam tempoh dua tahun, sementara AS pula akan menarik sebahagian tarif yang telah dikenakan ke atas barangan China.

Matawang Yuan China mendaki ke paras tertinggi dua minggu sementara saham Asian dan kontrak futures saham Eropah dan Wall Street kesemuanya meningkat selepas pengumuman tersebut.

Perkembangan ini memberi pengaruh yang positif kepada pasaran kewangan berikutan Beijing perlu mengembalikan keyakinan perniagaan selepas wabak coronavirus melemahkan outlook ekonomi domestik.

Kementerian Kewangan China juga mengharapkan AS dapat mematuhi perjanjian perdagangan yang telah disepakati bagi mengukuhkan keyakinan pasaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: