China Bakal Menyuntik Kecairan Bernilai $174 billion USD Pada Pembukaan Pasaran Minggu Ini

China Bakal Menyuntik Kecairan Bernilai $174 billion USD Pada Pembukaan Pasaran Minggu Ini

Bank Pusat China (PBoC) pada hari Ahad mengumumkan bahawa mereka akan menambah lebih 900 billion yuan kecairan ke dalam sistem perbankan minggu ini,

Bank Pusat China (PBoC) pada hari Ahad mengumumkan bahawa mereka akan menambah lebih 900 billion yuan kecairan ke dalam sistem perbankan minggu ini, berlipat kali ganda jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan Reuters, bon bernilai 1.05 trillion yuan akan mencapai kematangannya pada hari Isnin, menunjukkan 150 billion USD tunai bersih akan disuntik.

Tambahan pula, para pelabur bakal berhadapan dengan sesi dagangan yang bervolatiliti tinggi pada pembukaan pasaran China pada hari ini selepas penutupan sempena Tahun Baru Cina terpakasa dilanjutkan oleh kerajaan.

Pasaran saham, matawang dan bon China kesemuanya telah ditutup sejak 23 Januari lalu dan dibuka pada hari Jumaat lalu.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh badan pengawal selia pasaran kewangan China (CSRC), tiada penangguhan pada pembukaan semula pasaran.

Setelah menilai dan mengimbangkan beberapa faktor, pihak CSRC percaya bahawa impak wabak coronavirus ke atas pasaran adalah bersifat sementara.

Bagi menyokong kenyataan tersebut, CSRC menyebut syarikat-syarikat yang memunyai saham-saham lapuk berjanji untuk memohon lanjutan dan hal ini akan mendorong para pembeli bon korporat untuk melanjutkan tarikh matang hutang mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: