China Bersetuju Dengan Perjanjian Fasa Pertama, Trump Tangguhkan Penambahan Tarif Bulan Oktober

China Bersetuju Dengan Perjanjian Fasa Pertama, Trump Tangguhkan Penambahan Tarif Bulan Oktober

Sentimen pelabur berubah pada saat-saat akhir penutupan pasaran hari Jumaat yang lalu sehingga meningkatkan permintaan pasaran saham dan aliran masuk

Sentimen pelabur berubah pada saat-saat akhir penutupan pasaran hari Jumaat yang lalu sehingga meningkatkan permintaan pasaran saham dan aliran masuk matawang-matawang utama.

Menghampiri penutupan pasaran Wall Street yang lalu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa perbincangan perdagangan peringkat tertinggi antara AS dan China pada hari Jumaat yang lepas telah mencapai kesepakatan bagi fasa pertama.

Antara syarat-syarat perjanjian yang menjadi perhatian adalah penagguhan penambahan tarif daripada 15 Oktober, persetujuan China menambah pembelian produk pertanian AS sehingga $40-50 billion, bersetuju untuk telus dalam isu pertukaran matawang.

Namun begitu, perjanjian bertulis hanya akan dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu dan sesi tandangan rasmi bersama Presiden China Xi Jinping dijangka akan berlansung di APEC Chile pada 16-17 November hadapan.

Oleh itu tempoh lima minggu ini menjadi satu garis waktu yang kritikal bagi AS dan China untuk menamatkan konflik antara mereka kerana Trump masih melihat adanya kemungkinan untuk ‘perjanjian’ dibatalkan.

Tambahan pula, walaupun perjanjian fasa pertama berjaya menyekat penambahan tarif pada bulan ini, namun tiada kenyataan yang jelas mengenai perancangan ‘tariff hike’ 15% ke atas barangan China yang bernilai $160 billion pada 15 Disember hadapan.

Secara keseluruhannya, perjanjian di atas tetap dilihat berpotensi mengurangkan risiko jangka pendek ke atas China, sementara perkembangan terhadap isu pemindahan teknologi dan harta intelek yang menjadi punca utama kepada konflik akan terus diteliti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: