china-refinery-hubei

China Catat Permintaan Bahan Api Yang Kukuh Pada 2021

Pengeluaran penapisan minyak di China mencecah rekod pada 2021, meningkat 4.3 peratus berbanding tahun 2020.

Peningkatan tersebut adalah susulan pengukuhan permintaan bahan api pada separuh pertama dan pangisian semula jurang bekalan selepas cukai baharu yang besar menutup kelemahan dalam gabungan import bahan api.

Menurut data Biro Perangkaan Negara China, jumlah pengeluaran penapisan tahun lepas mencecah 703.55 juta tan atau 14.07 juta tong sehari (bpd), iaitu 620,000 bpd lebih berbanding paras 2020.

China merekodkan lonjakan 11 peratus output pada separuh pertama 2021 berikutan pengukuhan jualan kereta menyokong penggunaan petrol dan perjalanan udara domestik yang pesat meningkatkan lagi penggunaan bahan api dalam sektor penerbangan.

Selain itu, cukai yang tinggi dikenakan ke atas pengimportan bahan api campuran seperti minyak ringat ktaran (LCO) dan campuran bitumen membolehkan kilang penapisan yang dominan untuk mendapatkan semula bahagian pasaran yang hilang, yang mana sebelum ini dihakis oleh stok campuran murah.

Pengeluaran walau bagaimanapun menyusut pada suku ketiga berikutan peningkatan kes koronavius dan pemotongan drastik kuota eksport minyak yang menjejaskan pengoperasian kilang.

Pada Disember hanya 58.73 juta tan output dicatatkan, turun 2.1 peratus pada tahun ke tahun, membalikkan lantunan singkat yang direkod pada November ketika kilang penapisan meningkatkan pemprosesan bagi mengatasi masalah bekalan diesel jangka pendek.

“Dengan produk pasaran berubah menjadi lebihan, kilang penapisan milik kerajaan mengurangkan sedikit operasi manakala trend pengilang bebas pula terus menurun pada bulan Disember,” kata Shi Fenglei, seorang penganalisis dengan IHS Markit.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *