China Dakwa Pengharaman TikTok & WeChat Di AS Melanggar Undang-Undang WTO

China Dakwa Pengharaman TikTok & WeChat Di AS Melanggar Undang-Undang WTO

China berkata dalam mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa sekatan yang dikenakan oleh AS ke atas aplikasi mudah alih China, TikTok dan

China berkata dalam mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa sekatan yang dikenakan oleh AS ke atas aplikasi mudah alih China, TikTok dan WeChat adalah melanggar undang-undang pertubuhan tersebut.

Pihak pentadbiran Trump telah menyekat sebarang muat turun dua apliaksi mudah alih di atas dan mengarahkan ByteDance, pemilik aplikasi TikTok dari China untuk menjualkan operasi mereka kepada syarikat AS.

Arahan ini dikeluarkan oleh kerajaan berikutan kebimbangan terhadap risiko keselamatan negara, namun hakim mahkamah tinggi AS mempersoalkan keputusan tersebut.

Memetik sumber Reuters, salah seorang perwakilan dari China yang terlibat dalam mesyuarat tertutup pada hari Jumaat yang lalu berkata tindakan AS tersebut “adalah jelas tidak selaras dengan undang-undang WTO, menyekat perkhidmatan perdagangan merentasi sempadan dan melanggar prinsip serta objektif asas sistem perdagangan multilateral”.

Pegawai tersebut juga menyebutkan delegasi China menganggap kegagalan AS memberikan bukti yang kukuh terhadap tindakan mereka sebagai sebuah “penyalahgunaan yang jelas” ke atas undang-undang.

Dalam pertemuan yang sama, AS mempertahankan keputusan mereka dengan mengatakan ianya bertujuan mengurangkan risiko keselamatan negara kerana data-data pengguna AS di akses oleh kerajaan China.

Kenyataan pegawai China di atas walau bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kesan langsung terhadap keputusan yang telah dibuat, namun mereka tetap boleh membuat aduan undang-undang yang rasmi kepada WTO.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: