China Hanya Penuhi 5% Pembelian Dari Jumlah Yang Disepakati Dalam Perjanjian Fasa Pertama Pada H1 2020

China Hanya Penuhi 5% Pembelian Dari Jumlah Yang Disepakati Dalam Perjanjian Fasa Pertama Pada H1 2020

China hanya membeli 5 peratus dari jumlah $25.3 bilion sasaran produk tenaga AS pada pertengahan pertama (H1) tahun 2020, gagal mencapai apa yang tel

China hanya membeli 5 peratus dari jumlah $25.3 bilion sasaran produk tenaga AS pada pertengahan pertama (H1) tahun 2020, gagal mencapai apa yang telah disepakati bersama AS pada perjanjian fasa pertama.

Menurut hitungan Reuters pada data kastam China, import minyak mentah, gas asli cecair (LNG), arang batu dan produk tenaga lain hanya mencapai sekitar AS$ 1.2B sehingga bulan Jun tahun ini.

Walaupun pembelian China terhadap produk AS kembali meningkat baru-baru ini, namun penganalisis melihat harga tenaga yang lemah dan hubungan yang semakin buruk berpotensi menghalang China mencapai matlamat perjanjian Fasa 1 yang dipersetujui pada Januari lalu.

“China tidak mungkin memenuhi komitmen Tahap 1 mereka berikutan ia sememangnya sudah terlalu sukar untuk dimulakan,” kata Michal Meidan, pengarah di Institut Pengajian Tenaga Oxford, sambil menambah bahawa beliau tetap berharap Beijing dapat meningkatkan pembelian bagi menunjukkan kesungguhan.

Minyak mentah AS sebelum ini dijangka menjadi bahan pembelian utama Fasa Pertama oleh China.

Namun begitu, lonjakan kadar pengangkutan serta kejatuhan permintaan bahan bakar akibat Covid-19 telah menjadikan kos import AS agak mahal bagi kilang di China.

Oleh itu, pengecilan margin penapisan dan lebihan bekalan berisiko memperlahankan kadar import pada suku tahun ketiga.

China walau bagaimanapun dilaporkan telah menambah tiga kali ganda jumlah import gas asli cecair dari AS.

Akan tetapi angka tersebut hanya menunjukkan cabaran yang dihadapi bagi mencapai matlamat perjanjian perdagangan yang berkualiti dalam keadaan harga tenaga melemah.

Isu yang sama dihadapi oleh hasil eksport arang batu AS yang mana telahpun bergelut dalam persaingan di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: