china-gold

China Lapor Penambahan Simpanan Emas Buat Kali Pertama Sejak 2019

Bank pusat China (PBOC) berkata pada hari ini ia telah menambah 32 tan emas bernilai sekitar AS$1.8 bilion ke dalam simpanannya, pendedahan peningkatan pertama sejak September 2019.

Penambahan itu menjadikan pegangan China yang dilaporkan pada akhir November kini berjumlah 1,980 tan dengan bernilai sekitar AS$112 bilion.

China mempunyai rizab emas rasmi negara keenam terbesar di dunia selepas Rusia, Jerman dan Amerika Syarikat, yang mempunyai pegangan terbesar sekitar 8,133.5 tan.

Negera tembok besar itu bagaimanapun kebiasaannya tidak melaporkan sebarang perubahan pegangan emasnya selama bertahun-tahun sebelum mendedahkan penambahan ratusan tan yang dibeli sepanjang tempoh tersebut.

Namun begitu, China melaporkan peningkatan bulanan yang stabil sejak pengumumannya yang terakhir pada September 2019.

Menurut Majlis Emas Dunia (WGC) pada bulan lalu, PBOC telah membeli sebanyak 399 tan emas secara global pada suku ketiga 2022, yang mana setakat ini yang paling banyak dalam tempoh tiga bulan.

Ia berkata kebanyakan emas dibeli oleh bank pusat yang tidak melaporkan pembelian secara terbuka, mencetuskan spekulasi bahawa negara-negara seperti China atau Rusia mungkin membuat penyimpanan emas.

Harga emas telah jatuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini berkutan kenaikan kadar faedah dan hasil bon sehingga menjadikan logam berharga tanpa faedah ini kurang menarik kepada pelabur kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Peningkatan rizab emas China yang dilaporkan adalah sebahagian daripada data yang dikeluarkan oleh PBOC yang menunjukkan rizab pertukaran asingnya meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan November.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *