China Luluskan 70 Judul Permainan Dalam Talian, Termasuk ‘Metal Slug’ Tencent

China Luluskan 70 Judul Permainan Dalam Talian, Termasuk ‘Metal Slug’ Tencent

Tencent Holdings Ltd memenangi kelulusan untuk judul permainan utama baharunya yang pertama sejak pengawal selia China menyambung semula pelesenan ta

Tencent Holdings Ltd memenangi kelulusan untuk judul permainan utama baharunya yang pertama sejak pengawal selia China menyambung semula pelesenan tahun ini.

Kemenangan itu menjadi isyarat bahawa tindakan keras Beijing terhadap industri hiburan mudah alih semakin berkurangan.

Permainan Metal Slug: Awakening adalah antara 70 judul permainan domestik yang diluluskan untuk bulan November oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Kebangsaan China.

Tencent sebelum ini telah memenangi kelulusan pada bulan September untuk gelaran pendidikan kesihatan kanak-kanak di bawah pengendalian Nanjing Wangdian Technology.

Pihak eksekutif Tencent sebelum ini telah menyuarakan eyakinan untuk memenangi kelulusan bagi melancarkan permainan utamanya itu tidak lama lagi.

Tindakan keras teknologi oleh Beijing, yang menjerat sektor daripada e-dagang kepada teknologi kewangan dan pendidikan sepanjang tahun ini turut merebak kepada permainan-permainan dalam talian pada Ogos 2021.

Pengawal selia telah memperkenalkan peraturan yang ketat ke atas sektor itu, seperti mengehadkan masa bermain untuk kanak-kanak bawah umur kepada tiga jam sahaja seminggu dan mengenakan keperluan lain yang bertujuan untuk membendung ketagihan.

Bloomberg News melaporkan bahawa badan pemerhati media China bertindak menghentikan pelesenan dan sejak itu telah menyemak dengan lebih teliti judul-judul baharu permainan bagi memastikan ia memenuhi kriteria kandungan dan perlindungan kanak-kanak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: