China Menekan Presiden Trump Untuk Mendapat Lebih Banyak Pemansuhan Tarif Sebagai Syarat Perjanjian Fasa Pertama

China Menekan Presiden Trump Untuk Mendapat Lebih Banyak Pemansuhan Tarif Sebagai Syarat Perjanjian Fasa Pertama

Perjanjian fasa pertama yang bakal ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Trump dan Xi Jinping pada bulan ini dijangka memasukkan syarat supaya AS

Perjanjian fasa pertama yang bakal ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Trump dan Xi Jinping pada bulan ini dijangka memasukkan syarat supaya AS menghentikan penambahan tarif bernilai ke atas barangan import China bernilai $156 billion yang akan berkuatkuasa pada 15 Disember hadapan.

Para pegawai daripada AS mengesahkan bahawa rundingan mengenai tarikh 15 Disember sedang dipertimbangkan dan berpotensi dimasukkan ke dalam syarat perjanjian.

Walau bagaimanapun, pihak perunding daripada China juga dilaporkan ingin pihak pentadbiran AS memansuhkan 15% tarif yang telah dilaksanakan pada 1 September lalu, termasuk berusaha untuk mendapatkan pelepasan daripada penambahan tarif 25% yang berlaku lebih awal ke atas import mesin, semikonduktur dan perabot bernilai $250 billion.

Permohonan China untuk AS memansuhkan duti import 1 September yang melibatkan pakaian, tv skrin rata, pembesar suara pintar dan fon kepala bluetooth dilaporkan oleh akhbar Politico, kemudian akhbar Financial Times mengesahkan bahawa White House sedang mempertimbangkan permintaan tersebut.

Presiden Xi Jinping dalam ucapannya di sebuah pameran import pada hari ini berkata bagi menggilap lagi keupayaan pasaran bebas China, negara perlu menentang sikap protectionism dan reit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: