China Perbanyakkan Simpanan Emas Mereka Empat Bulan Berturut-turut

China Perbanyakkan Simpanan Emas Mereka Empat Bulan Berturut-turut

Bank Pusat China (PBoC) menambahkan rizab simpanan emas mereka pada bulan Mac daripada 60.26 juta auns kepada 60.62 juta auns, didorong oleh optimis

Bank Pusat China (PBoC) menambahkan rizab simpanan emas mereka pada bulan Mac daripada 60.26 juta auns kepada 60.62 juta auns, didorong oleh optimis bank-bank pusat utama untuk meningkatkan lagi pegangan emas mereka.

China yang merupakan pengeluar dan pengguna emas terbesar di dunia menghadapi isyarat-isyarat pengucupan ekonomi walaupun rundingan perdagangan AS-China telah mamasuki fasa-fasa terakhir.

Berdasarkan data terkini oleh PBoC, China dilaporkan telah meneruskan penambahan ke dalam rizab emas mereka pada kadar yang stabil sejak Disember 2018 yang lalu.

Keadaan ini seperti yang berlaku pada pertengahan tahun 2015 sehingga Oktober 2016, apabila China meningkatkan pegangan emas hampir setiap bulan.

Jika meneruskan meneruskan rentak pembelian yang sama sehingga akhir tahun 2019, simpanan emas di China mungkin akan menandingi Russia yang telah menambah sebanyak 274 tan emas pada tahun 2018.

Secara keseluruhan, kerajaan di seluruh dunia telah menambah sebanyak 651.5 tan emas pada tahun 2018, rekod kedua tertinggi menurut World Gold Council.

Russia telah menambah empat kali ganda rizab emas mereka dalam tempoh 10 tahun, didorong oleh permintaan Presiden Vladimir Putin untuk memansuhkan sandaran matawang mereka daripada USD, dan data menunjukkan simpanan meningkat sebanyak 1 juta auns pada bulan Februari, tertinggi sejak November yang lalu.

Harga emas pula jatuh dua bulan berturut-turut sehingga Mac walaupun Fed mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sementara kitaran pengetatan dasar pada tahun ini, yang telah mengalihkan pelabur kepada pasaran ekuiti.

Walau bagaimanapun, menurut Goldman Sachs Group Inc, outlook jangka masa panjang dilihat masih bullish untuk pasaran emas berikutan pembelian emas oleh bank-bank pusat sepatutnya memberi sokongan kepada harga.

China sebelum ini telah merahsiakan pegangan emas mereka untuk tempoh yang lama dan mengumumkan lonjakan 57% rizab emas kepada 53.3 juta auns pada pertengahan tahun 2015.

Laporan tersebut merupakan data pertama yang diterbitkan dalam tempoh enam tahun, kemudian perkara yang sama berlaku daripada Oktober 2016 sehingga Disember tahun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: