TO GO WITH China-economy-environment-coal-climate,FOCUS by Tom HANCOCK

China Punyai Simpanan Arang Batu Yang Cukup Untuk Bertahan 50 Tahun Lagi

China mempunyai bekalan arang batu yang mencukupi untuk 50 tahun ke hadapan serta minyak yang mencukupi untuk bertahan sekurang-kurangnya 18 tahun pada kadar pengeluaran semasa.

Kementerian Sumber Asli China menyebutkan bahawa jumlah simpanan tahunan terbaru yang dikeluarkan semalam menunjukkan peruntukan bahan api fosil adalah melebihi tarikh akhir 2030 yang ditetapkan oleh China untuk kemuncak pelepasan karbonnya.

Sementara bagi arang batu pula, keberadaan bahan ini di tanah besar China dilaporkan cukup untuk membawa negara tersebut melepasi cita-cita untuk mencapai neutral karbon pada 2060.

China menggunakan lebih 4 bilion tan arang batu setahun dan kebanyakannya dilombong di dalam negara dengan import merangkumi kurang daripada sepersepuluh daripada keperluannya.

Pada 2021, simpanan arang batu China berjumlah sekitar 208 bilion tan, 28% lebih tinggi daripada paras tahun sebelumnya.

Kementerian juga melaporkan bahawa perbelanjaan untuk cari gali meningkat 10% kepada 1.3 bilion yuan (AS$184 juta).

Bagi minyak mentah pula, simpanan meningkat 2.8% kepada 3.7 bilion tan. Angka itu secara teorinya cukup untuk membolehkan pelantar minyak negara beroperasi selama 20 tahun ke hadapan jika pengeluaran stabil kira-kira 200 juta tan setahun.

Walau bagaimanapun, China masih bergantung kepada import bagi kebanyakan minyak dan sebahagian besar gas aslinya.

Pelaburan dalam penerokaan sepanjang tahun meningkat 13% kepada 80 bilion yuan, dengan penemuan dibuat dalam mencari rizab baharu di Sichuan, Xinjiang dan pendalaman Mongolia, serta Teluk Bohai, kata laporan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *